TOP

BENGKEL SMART SOLAT

R.K.MANAGEMENT and SERVICES akan menganjurkan Bengkel SMART SOLAT. Terbuka kepada pelajar Tahun 4-6
Tarikh: 4 Disember 2010 (Sabtu) Yuran: RM 50 termasuk makan dan minum
Tempat: Pejabat R.K.MANAGEMENT and SERVICES, Heritage Garden Kuching

Kepada yang berminat untuk mendafatarkan anak-anak boleh hubungi kami atau sms nama ke 019 848 7955. Pendaftaran hendaklah dibuat sebelum 2 Disember 2010 (Khamis).
TOP
R.K. Management & Services, Kuching buat julung kalinya akan menganjurkan bengkel penulisan majalah dan buku khas untuk warga Kuching/Sarawak.

OBJEKTIF

Bengkel ini membongkar rahsia dan teknik menjana pendapatan dengan cuma menulis secara sambilan di rumah. Di hujung kursus peserta akan dapat menghasilkan sebuah artikel majalah untuk diterbitkan. Selain itu, sebuah peserta akan dapat menyediakan kertas cadangan penulisan buku untuk dihantar kepada penerbit.


KANDUNGAN

Hari Pertama (Penulisan Artikel Majalah)

- Buat duit dengan menulis artikel
- Di mana mencari idea?
- Membedah majalah
- Teknik mengarang pantas dan berkesan
- PRAKTIKAL: Menulis artikel majalah

Hari Kedua (Penulisan Buku)

- Menjana pendapatan pasif dengan wang royalti
- Membedah buku
- Disiplin pengarang prolifik
- Rahsia menulis 5 buah buku serentak
- PRAKTIKAL: Menulis proposal buku

EKSKLUSIF: Peserta akan didedahkan dengan rahsia kejayaan buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni yang laris di pasaran. Ia tidak pernah dibongkar di mana-mana kursus sebelum ini.


TRAINER

Syahrul Nizam Junaini merupakan pensyarah universiti sepenuh masa dan juga penulis sambilan. Walaupun menulis secara sambilan dan pada hujung minggu, beliau menulis hampir 100 artikel majalah yang tersiar di Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Al-Islam dan banyak lagi.

Beliau kini kolumnis tetap di majalah Pa&Ma. Semasa menjadi kolumnis di akhbar Utusan Sarawak beliau telah menulis lebih 30 artikel.

Hingga kini beliau telah menulis 4 buah buku. Buku terbaru beliau, Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terpaksa diulang cetak tidak sampai dua bulan selepas diterbitkan.


YURAN

RM200 untuk dua hari termasuk bahan kursus, makan dan minum.


PERTANYAAN

Hubungi Sdr Abdul Razak sekarang juga di 019 8487955 atau 082 254955. Jangan lepaskan peluang membuat duit dengan menulis. TEMPAT SANGAT TERHAD!

Jadi hadiri bengkel, tulis dengan betul, dan anda akan menerima cek pertama anda beberapa bulan kemudian (dan pada setiap bulan)!
TOP

BENGKEL ANGGUN WANITA


Salam semua. R.K.MANAGEMENT and SERVICES akan mengadakan BENGKEL ANGGUN WANITA untuk kaum wanita.
Bengkel ini mendedahkan gambaran secara menyeluruh mengenai imej wanita di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja serta kepentingannya dalam meningkatkan ketrampilan, keyakinan dan perkembangan karier seseorang individu. Imej yang profesional akan membantu syarikat dari segi meyakini pelanggan untuk berurusan dengan syarikat. Ini sekaligus akan menambahkan rangkaian yang luas dan jaringan yang mantap dengan para pelanggan. Antara topik-topik yang akan dikupas adalah rahsia personaliti anggun dan berpengaruh, imej dan penampilan profesional, kesesuaian pakaian dengan ciri profesional dan tingkah laku serta etiket seorang profesional di majlis-majlis, tempat kerja mahupun di luar tempat kerja.

Objektif:
• Menjelaskan kepentingan ketrampilan diri kepada peserta
• Mendedahkan rahsia berpengaruh di kalangan wanita
• Mengetahui gaya berpakaian yang sesuai ketika berada dalam sesuatu
majlis yang dihadiri
• Memahami cara penggunaan pakaian, pemilihan tudung dan aksesori yang sesuai di kalangan wanita terutamanya di tempat kerja
• Memupuk kesedaran budaya cantik luaran dan dalaman di tempat kerja
• Mewujudkan penampilan yang elegan ketika di tempat kerja.
• Meningkatkan imej syarikat dengan adanya penampilan pekerja yang elegan dan berketrampilan
• Penampilan yang digayakan dapat meyakinkan rakan sekerja dan pelanggan
• Mempelajari teknik gaya solekan selaras dengan usia

Sasaran: Terbuka kepada kaum wanita sahaja
Yuran: RM 300 sahaja termasuk makan minum,bahan bengkel dan sijil
Tarikh: 28 dan 29 April 2010
Tempat: Hotel Grand Magherita, Kuching Sarawak

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi kami di talian 019-8487955 @ 082-254955 (En Abdul Razak Bin Bahtrem)

TOP

PROGRAM TERKINI

Salam semua. Berikut adalah program yang akan dilaksanakan pada bulan Januari:
1) 16 Januari 2010: Jemputan daripada UiTM Kuching sebagai Pengerusi Forum sempena
Kursus Kefahaman Islam.
2) 23 Januari 2010: Santapan Motivasi Pelajar: Wang dan Anda, SMK (A) Matang 2 Kuching Sarawak.
Kepada mana-mana pihak yang ingin menjemput R.K.MANAGEMENT and SERVICES sebagai speaker, penceramah, pengendali program dan sebagainya boleh hubungi di talian 019-8487955