TOP

BENGKEL ANGGUN WANITA


Salam semua. R.K.MANAGEMENT and SERVICES akan mengadakan BENGKEL ANGGUN WANITA untuk kaum wanita.
Bengkel ini mendedahkan gambaran secara menyeluruh mengenai imej wanita di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja serta kepentingannya dalam meningkatkan ketrampilan, keyakinan dan perkembangan karier seseorang individu. Imej yang profesional akan membantu syarikat dari segi meyakini pelanggan untuk berurusan dengan syarikat. Ini sekaligus akan menambahkan rangkaian yang luas dan jaringan yang mantap dengan para pelanggan. Antara topik-topik yang akan dikupas adalah rahsia personaliti anggun dan berpengaruh, imej dan penampilan profesional, kesesuaian pakaian dengan ciri profesional dan tingkah laku serta etiket seorang profesional di majlis-majlis, tempat kerja mahupun di luar tempat kerja.

Objektif:
• Menjelaskan kepentingan ketrampilan diri kepada peserta
• Mendedahkan rahsia berpengaruh di kalangan wanita
• Mengetahui gaya berpakaian yang sesuai ketika berada dalam sesuatu
majlis yang dihadiri
• Memahami cara penggunaan pakaian, pemilihan tudung dan aksesori yang sesuai di kalangan wanita terutamanya di tempat kerja
• Memupuk kesedaran budaya cantik luaran dan dalaman di tempat kerja
• Mewujudkan penampilan yang elegan ketika di tempat kerja.
• Meningkatkan imej syarikat dengan adanya penampilan pekerja yang elegan dan berketrampilan
• Penampilan yang digayakan dapat meyakinkan rakan sekerja dan pelanggan
• Mempelajari teknik gaya solekan selaras dengan usia

Sasaran: Terbuka kepada kaum wanita sahaja
Yuran: RM 300 sahaja termasuk makan minum,bahan bengkel dan sijil
Tarikh: 28 dan 29 April 2010
Tempat: Hotel Grand Magherita, Kuching Sarawak

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi kami di talian 019-8487955 @ 082-254955 (En Abdul Razak Bin Bahtrem)