TOP

BERHADAPAN DENGAN MASALAH...PELAJARAN HIDUP???

Banyak masalah yang akan timbul apabila kita berhadapan dengan sesuatu lebih-lebih lagi dalam mencapai matlamat hidup. Masalah yang timbul ini secara tidak langsung adalah satu ujian prestasi kepada kita samada mampu atau tidak untuk kita menghadapainya. Ingat!!! jangan setakat mengahadapi sahaja tapi selesaikan masalah itu. Ramai antara kita salah mentafsir masalah yang ada. Lari dari masalah, selesailah masalah. Ini adalah tanggapan yang salah. Kita juga berhadapan dengan mereka yang bermasalah dari segi komunikasi. Ada cakap main tembak, main hentam dan macam-mcam lagi. Sebagai contoh seorang sahabat saya bercerita masalah dia di pejabat. Berhadapan dengan pekerja yang tidak sopan tutur kata. Ini juga merupakan masalah atau boleh saya kategorikan masalah luaran. Berhadapan sahaja tidak mencukupi, tapi kena buat satu tindakan yang berhikmah agar masalah luaran itu tidak timbul dan prestasi kerja pun menaik. Pun begitu, itulah antara perkara yang perlu kita hadapi dalam oraganisasi. Apa yang pasti langkah bijak dan matlamat yang jelas perlu disepadukan untuk mencapai kualiti dalam pekerjaan. Hadapi masalah itu, cari jalan penyelesaian...so jadikan pelajaran hidup.
TOP

SABAR ITU PERLU

Apabila kita berada dalam keadaan dilema untuk membuat keputusan, apa yang patut kita lakukan adalah menyenerai kebaikan dan keburukan keputusan yang bakal kita lakukan. Jika anda dapati bahawa banyak menyebelahi kepada kebaikan maka buatlah keputusan yang bijak. Begitu juga sebaliknya. Jangan lupa untuk berdoa supaya keputusan yang kita lakukan itu adalah benar-benar datangnya daripada ketetapan Ilahi. Di samping itu, tidak salah jika kita meminta tolong orang sekeliling atau sahabat untuk memberi pandangan dan nasihat kepada kita. Pandangan yang diberikan itu jadikan sebagai panduan kepada kita supaya keputusan yang hendak kita buat itu dapat dinilai sebaik-baiknya. Tidak rugi kalau kita berkongsi dengan mereka yang lebih arif tentang keputusan yang hendak kita buat. Namun, buat secara berhikmah dan jangan menggunakan bahasa atau kata-kata yang boleh menyakiti hati sesiapa.