TOP

KADANG-KADANG REZEKI DATANG TANPA DIDUGA

Setiap usaha yang dilakukan kita hendaklah dimulakan dengan doa dan disusuli dengan doa. Ada DOA, USAHA dan TAWAKAL InsyaALLAH pasti menemui jalan kejayaan. Namun, semua petua itu dah dibuat tapi tidak ada juga hasil. Inilah dinamakan UJIAN yang datangnya daripada ALLAH. Keadaan beginilah yang kadang-kadang menyebabkan ada antara kita berputus asa dan tidak mahu untuk meneruskan lagi usaha-usaha yang seterusnya. Pun begitu, ALLAH MAHA ADIL dan lagi MAHA MENGETAHUI bila masa yang sesuai untuk hambaNYA menerima rezeki sepertimana yang diminta. Sebab itulah rezeki datang tanpa diduga. Kita tidak mengetahui bila masanya ALLAH memakbulkan segala doa. Kepada mereka yang sentiasa berdoa, teruskan dan jangan putus-putus berdoa. Sebab itulah senjata utama orang Islam. INGAT! ALLAH mendengar doa hambaNYA.
TOP

APABILA BERSELISIH PENDAPAT

Sekiranya kita berselisih pendapat dalam perbincangan dengan beberapa pihak, apa kata berikan sebelah pihak itu habiskan dulu pendapat, cadangan dan idea mereka. Tidak rugi kalau kita memberi peluang kepada sebelah pihak untuk berhujah terlebih dahulu. Ini membolehkan kita memahami apa sebenarnya yang hendak diperkatakan oleh mereka. Jika berlaku percanggahan pendapat, jangan terus menghentam tetapi cari titik persamaan agar sesuatu perkara itu boleh dilaksanakan dengan lancar. So, fikir-fikirkan...
TOP

TIDAK SALAH KALAU NAK KAYA

Kadang-kadang kita sering diingatkan hiduplah dalam keadaan sederhana ataupun wasatiah. Mesti zuhud...Betul apa yang diperkatakan itu, tapi salah ke kalau kita nak kaya? Sudah semestinya tidak. Bagi yang memahami kekayaan dunia ini menurut konteks Islam, mereka sendiri secara sukarela akan membuat kebajikan seperti yang dianjurakna dalam Islam. Kebajikan-kebajikan jugak...tapi rezeki jangan lupa untuk dicari. Bagi yang faham dalam dunia bisnes, sebenarnya bisnes dan kebajikan tidak dapat dipisahkan. Sekiranya ada orang yang beranggapan bahawa kebajikan adalah kebajikan dan bisnes adalah bisnes, tannggapan itu adalah silap. Sebagai contoh jika kita lihat kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, walaupun kaya dan berbisnes, kebajikan tetap dilaksanakan.Contohnya Yayasan al-Bukhari. Begitu juga dengan Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Beliau mebuat kebajikan dengan menubuhkan Yayasan Ilham Budi. Jadi, nak dipendekkan cerita jangan pisahkan kebajikan dan bisnes. Nabi Muhammad s.a.w pun menggalakkan kita buat bisnes. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Renung-renungkan...
TOP

IKLAN SANTAPAN MOTIVASI PELAJAR




TOP

TAHUKAH ANDA BAHAWA...

Menurut DR MOHD SHUKRI ABDULLAH, pelajar-pelajar di sekolah boleh dibahagikan kepada 4 kelompok yang utama:

PELAJAR CEMERLANG, Faham Sepenuhnya (75%-100%)
Kelompok ini faham sepenuhnya apa yang diajar kepada mereka dalam kelas. Walaupun bukan secara menyeluruh tetapi mereka faham sebahagian besar apa yang diajar.

PELAJAR SEDERHANA, Faham Sebahagian (40%-75%)
Mereka hanya faham sebahagian sahaja daripada apa yang diajar kepada mereka dalam kelas. Ada antara mereka cuma faham tidak sampai separuh dan ada juga yang faham lebih daripada separuh.

PELAJAR LEMAH, Faham Sedikit (20%-40%)
Mereka faham tidak sampai separuh.

PELAJAR GAGAL, Tidak Faham (0-20%)
Kalangan mereka ini hanya faham sedikit sahaja. Pun begitu, ada juga yang tidak faham langsung apa yang dipelajari.

So, apa tindakan anda dalam mengatasi masalah ini. Jangan hanya pandai berkata-kata tapi hendaklah bertindak. BILA nak BERTINDAK? Jawanpanya SEKARANG JUGA!!!!! Bukan esok, bukan lusa, bukan tulat, bukan minggu depan, bukan bulan depan, bukan tahun depan, bukan dekad akan datang dan bukan abad akan datang, tapi SEKARANG JUGA!!!!Pasangkan niat, buat perancangan dan bertindaklah. Selepasa itu jangan lupa berdoa...
TOP

TEKNIK BELAJAR CEMERLANG

Ramai di antara pelajar jarang mengutamakan doa dalam pembelajaran. Tahukah anda bahawa doa merupakan senjata besar orang mu'min? Apa kata mulai saat ini bila berhadapan dengan pelajaran sama ada formal atau tidak formal mulakan dengan doa. Bila berdoa kita kena ambil berat perkara berikut:
1. Duduk dan tangan hendak ditadah seperti memohon sesuatu.
2. Mata hendakalah fokus pada telapak tangan.
3. Mulut hendaklah berbicara seumpama kita sedang becakap-cakap dengan ALLAH
4. Telinga hendaklah mendengar dengan teliti apa yang sedang dibicarakan oleh mulut
5. Otak hendaklah fokus kepada apa yang sedang didoakan.
6. Hati hendaklah tenang dan memohon sepenuhnya atas segala yang didoakan.
INGAT!!!Allah mendengar doa hamba-hambaNya. Jangan putus-putus berdoa mengharapakan sesuatu daripada NYA.
TOP

KURSUS TEKNIK BELAJAR DAN KURSUS URUS KEWAGAN

Kami akan mengadakan kursus tekni belajar dan urus kewangan. Berikut adalah butir kursus:
PELAJARAN dan ANDA
SANTAPAN MOTIVASI PELAJAR:
Pelajari Teknik Belajar Dengan Betul.
Tarikh : 22 Februari 2009 (Ahad)
Tempat : Sarawak Industrial Promotion and Exhibition Centre (S.I.P.E.C)
Bersebelahan dengan Muzium Islam Kuching.
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tgh hari (Sesi 1 untuk Tingkatan 1 hingga 5)
1.00 ptg hingga 5.30 ptg (Sesi 2 untuk Tahun 1 hingga 6)
______________________________________________
WANG dan ANDA
SANTAPAN MOTIVASI KEWANGAN UNTUK PELAJAR:
Urus Kewangan Anda
Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Sarawak Industrial Promotion and Exhibition Centre (S.I.P.E.C)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tgh hari (Sesi 1)
1.00 ptg hingga 5.30 ptg (Sesi 2)
*Kursus Kewangan lebih diutamakan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5. Bagi Tingkatan 1 hingga 3 yang ingin turut serta adalah digalakkkan.
____________________________________________________
Bagi yang berminat sila hubungi Saudara Abdul Razak Bin Bahtrem di talian 019-8487955 untuk keterangan lanjut.
TOP

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAHFIZ AL-QURAN (AQSA)

Baru-baru ini kami telah mengadakan majlis penyampaian sijil tahfiz Al-Quran Juzuk 30 di Masjid Attaqwa, Kampung Pinang Jawa Kuching Sarawak (2 Januari 2009). Ini merupakan progam yang julung kalinya diadakan di masjid tersebut. Program tahfiz ini merupakan program yang bukan sahaja berbentuk menghafaz al-Quran tetapi diselitkan juga dengan aktiviti sampingan seperti tayangan, kuiz dan pengisian ilmu yang berkaitan Sunnah Nabi s.a.w. Peserta yang terlibat adalah sebanyak 66 orang . Majlis penyampaian sijil ini telah disampaikan oleh Yang Berhoramat Datuk Ir Daud Abdul Rahman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakan dan Pembangunan Estet-estet Perindustrian). Sokongan yang diberikan oleh ibu dan ayah amatlah menggalakkan. Untuk pengetahuan semua AQSA adalah singkatan bagi Al-Quran As-Sunnah Amalanku. Kepada adik-adik yang berjaya mengahafaz keseluruhan Juzuk 30, TAHNIAH!!! kami ucapkan. Bagi yang tidak berkesempatan menghafal kesemuanya jangan kecewa. Teruskan hafalan adik-adik. InsyaALLAH sama-sama kita doakan agar hafalan kita menjadi bekalan di akhirat kelak.Amin...
TOP

SALAM SEMUA!!!

Alhamdulillah...dapat jua kita bersua di laman blog ini. Moga segala sokongan dan dorongan yang diberikan anda kepada kami mendapat redha Illahi. Amin...