TOP

BERSAMA TOKOH MAAL HIJRAH DAN PENULIS BUKU

Pertemuan saya bersama tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (1431H/2009M) Tn Hj Kipli Hj Yassin dan penulis buku Tuan Shamsuddin Abdul Kadir serta Tn Hj Syahrul Nizam Junaini memberi banyak inspirasi kepada saya dalam menjalani kehidupan berbisnes. Betapa penting hubungan silaturrahim dalam menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya. Pertemuan ini sekaligus merapatkan lagi ukuwwah kami sesama umat Islam. Berikut adalah beberapa gambar yang saya kongsikan kepada pembaca blog saya.
Dari sebelah kiri: Saya (Pengarah R.K.MANAGEMENT and SERVICES),
Tn Hj Kipli Hj Yassin (Pengarah Kipli Yassin Resources) dan
Ustaz Roslan (Pengetua SMK Agama Matang 2, Kuching)

Dari sebelah kiri: Abdul Razak Bahtrem, Tn Hj Kipli Hj Yassin,
Tn Shamsuddin Abdul Kadir dan Tn Hj Syahrul Nizam Junaini






TOP

IKLAN PROGRAM USAHASAMA R.K.MANAGEMENT and SERVICES DAN AKADEMI DIYANA

Bagi mereka yang berada di Cherating Pahang, jangan terlepas peluang ini!!!




TOP

POGRAM USAHASAMA R.K.MANAGEMENT and SERVICES dan AKADEMI DIYANA

AKADEMI DIYANA dengan kerjasama R.K.MANAGEMENT and SERVICES mempelawa semua kaum muslimah yang berminat untuk mengikuti

KURSUS KECANTIKAN ANGGUN MUSLIMAH' / ETIKA MAKAN DI MEJA RASMI @
PENULISAN WASIAT'

Tarikh : 25 Dis 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 pg - 5.30 ptg
Tempat : Holiday Villa, Cerating Pahang
Yuran : Termasuk makan/minum


Program Cuti bersama kanak-kanak Tahun 1 hingga Tahun 6

Tajuk : Esakan Allah dan Sayangi Ibu Ayah
Tarikh : 26 Dis 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 pg - 5.30ptg
Tempat : Holiday Villa, Cerating Pahang
Yuran : Termasuk makan/minum

Pertanyaan sila hubungi : Pn Sofia (013-9227739)
: En Abdul Razak Bin Bahtrem (019-8487955)

Tarikh Tutup penyertaan : 20 Disember 2009.
TOP

PROGRAM MINI TAHFIZ AQSA

Kami akan mengadakan program menghafaz al-Quran untuk pelajar tahun 1 hingga 6. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak ke program tersebut, boleh hubungi saya (Abdul Razak) di talian 019-8487955. Berikut adalah maklumat program:




Tempat: Masjid Attaqwa Kampung Pinang Jawa, Kuching Sarawak

Tempoh Program: 23 November 2009 hingga 25 Disember 2009
(Program menghafaz akan dilaksanakan setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja selama 5 minggu)

Ø Masa : 9 pg – 12.00 tgh hari (Isnin-Khamis)
: 9 pg – 11.30 pg (Jumaat)

Program menghafaz al-Quran akan dikendalikan oleh :
Ust Abu Zaid Bin Jamaluddin al- Hafiz
(Imam 3 Masjid Attaqwa,Kpg Pinang Jawa)
Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran, Jakarta Indonesia.

Ø Peserta: Pelajar Tahun 1 hingga 6 sahaja (Lelaki & Perempuan)
Ø Pelaburan Ibu Bapa: RM 125 sahaja
Ø Syarat-syarat bagi yang berminat:
· Boleh membaca A-Quran dengan baik.
· Lulus temuduga (Dilaksanakan semasa pendaftaran 23.11.09-Isnin 8.00pagi)

Ø Sijil akan diberi
Ø Surah Pilihan: as-Sajadah, Yassin, ad-Dukhan, al-Mulk, Juz Amma

Ø Bagi pelajar Tingkatan 1-4 turut digalakkan untuk menyertai.

TOP

ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Salam semua pembaca blog R.K Kami akan mengadakan ceramah umum seperti berikut:

Tajuk: Anda Bijak Jauhi Zina
Tarikh: 25.10.2009(Ahad)
Tempat: Masjid Attaqwa, Kampung Pinang Jawa, Kuching Sarawak
Penceramah: Saudara Abdul Razak Bin Bahtrem

Dijemput semua hadir terutamanya para remaja kita. Ceramah akan mendedahkan ISU-ISU HANGAT yang timbul akibat daripada perbuatan HARAM ZINA. Ceramah akan berlangsung selepas Qiyamullail dan Solat Subuh. Jom datang ramai-ramai...
TOP

BENGKEL PENULISAN WASIAT

R.K.MANAGEMENT and SERVICES akan menganjurkan program Bengkel Penulisan Wasiat. Terbuka kepada sesiapa yang berminat. Berikut adalah butir program:

Tempat:

  • Tarikh : 31 Oktober 2009 (12 Zulkaedah 1431H)
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
  • Yuran : RM 200 (Seorang), RM 350 (Berpasangan)

  • Hotel terletak berdekatan dengan Masjid Bahgian, Kuching
  • Penceramah adalah terdiri daripada mereka yang pakar dalam wasiat
  • Nota Edaran dan Jamuan disediakan
  • Terhad untuk 60 orang peserta sahaja

Bagi yang ingin turut serta, sila hubungi:
En Abdul Razak Bin Bahtrem (019-8487955) @

Terus mendaftar ke pejabat kami:
Lot 12950, 2nd Floor, Heritage Garden,
Jalan Tun Abdul Rahman Ya’akub,
93050 Kuching Sarawak.

E-mail: rk_mservices@yahoo.com
Blog:
www.rkmservices.blogspot.com

Perhatian!!!: Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh bengkel. Untuk tempahan awal bengkel, sila SMS Nama & No Kad Pengenalan
dan hantar ke 019-8487955.

TOP

PROGRAM AKAN DATANG

Selamat Hari Raya Eidul Fitri diucapkan kepada semua pembaca blog R.K. Semoga puasa yang kita lalui selama sebulan ini benar-benar memberi kesan yang mendalam pada diri kita sebagai hamba-NYA. Di kesempatan ini juga sama-samalah kita beringat supaya tidak membazir dalam semua hal lebih-lebih lagi di hari raya. Di samping itu, ingin kami war-warkan program yang bakal dilaksanakan untuk sepanjang bulan Oktober hinggalah hujung tahun. Sekiranya ada izin ALLAH maka akan kami laksanakan.
OKTOBER
  • Bengkel Penulisan Wasiat (1 Hari)

NOVEMBER

  • Bengkel SMART SOLAT (2 Hari) - Sekolah Rendah
  • Bengkel Penulisan Wasiat (1 Hari)
  • Mini Tahfiz AQSA (Al-Quran As-Sunnah Amalanku) - Tahun 1-6

DISEMBER

  • Santapan Motivasi Pelajar: MENCARI CINTA ILAHI (2 Hari )
  • Bengkel SMART SOLAT (2 Hari) - Sekolah Menengah

Di atas adalah merupakan perancangan atas kertas sahaja. Segala 'details' akan diberitahu kemudian. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 019-8487955 (En Abdul Razak Bin Bahtrem)

TOP

TENGAH BULAN DUIT GAJI PUN HABIS

Tiba tengah bulan mulalah resah dan gelisah. Mana tidaknya duit gaji pun hujung-hujung nyawa. Tak pun habis ditelan 'nafsu' berbelanja. Persoalannya susah ke nak simpan duit setiap kali kita terima gaji. Tak salah kalau kita ambil 10-20% gaji untuk disimpan sebagai 'reserved'. Orang yang mempunyai gaji RM 1,000 yang pandai mengurus kewangannya adalah lebih baik daripada mereka yang mempunyai gaji RM 10,000 tapi tidak tahu mengurus kewangannya. Jika kita membelanjakan lebih daripada duit gaji yang kita dapat setiap bulan; jawapannya hutang keliling pinggang. Masa itulah kita berada dalam keadaan yang sangat memerlukan kewangan. Apa yang perlu dilakukan sebelum keadaan ini berterusan adalah mengenalpasti mana satu keperluan dan mana satu kehendak. Keperluan asas perlu dipenuhi terlebih dahulu. Jom saya kongsikan kepada anda antara faktor yang menyebabkan kenapa duit gaji habis apabila tiba tengah bulan. Berikut adalah survey yang saya buat daripada seorang rakan.Katanya:

  • Sudah tentunya tidak ada 'saving'
  • Tukar alat ganti kereta
  • Insurans
  • Bayar hutang ptptn
  • Kuat berbelanja
  • Gaji kecil
  • Bayar bil telefon
  • Bayar rumah sewa

Itu adalah sebahagian jawapan yang diberikan. Namun tahukah anda terdapat banyak lagi alasan-alasan bagi persoalan tersebut. Pun begitu, antara senarai itu tadi terdapat perkara yang dikatakan sebagai keperluan dan juga kehendak. Cuba anda fikir-fikirkan yang mana satu kehendak dan yang masa satu keperluan. Ataupun mana hutang baik dan yang mana hutang buruk.


TOP

ESQ SATU METODOLOGI DAKWAH

Baru-baru ini saya telah mengikuti training ESQ. Jom kita kongsi apa yang telah saya lalui selama 3 hari program. Ini merupakan training yang boleh saya katakan salah satu metodologi dakwah. Jarang sekali kita melihat perkaitan yang ketara antara ilmu sains dan al-Quran secara mendalam. Al-Quran membuktikan segala kejadian alam ketika sebelum datangnya teknologi. Al-Quran lebih hebat dari teknologi yang ada sekarang. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kata-kata ALLAH (Kalamullah) yang tiada satu pun mampu menandinginya. Training ini menceritakan perjalanan alam sejak kejadiannya yang telah direncanakan ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. 1,Ihsan, 6,Iman dan 5 Rukun Islam (165) adalah konsep yang diterap dalam training ini. Melalalui konsep 165 ini kita dapat lihat perkaitan alam ini dengan manusia itu sendiri. Allah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Kita digalak untuk merenung kejadian alam ini yang sentiasa patuh dan tunduk pada perintah ALLAH. Mungkin ada yang bertanya bagaimana matahari, bumi, bulan, patuh dan tunduk pada perintah ALLAH? Adakah 'mereka' sujud seperti manusia sujud dalam solat? Begitulah persoalan tersirat ditimbulkan oleh ALLAH supaya manusia itu berfikir. Matahari menerangi bumi dengan cahaya. Pernahkah kita melihat matahari 'cuti' dari kerjanya. Sudah tentu tidak...Begitulah patuhnya matahari atas perintah Illahi yang mencipta alam. Begitu juga bumi. Pernahkah bumi berhenti mengelilingi orbitnya? Sudah tentu tidak. Begitulah patuhnya alam ini atas kehendak ALLAH YANG MAHA AGUNG. Sedarlah wahai pembaca yakinlah dengan kebenaran Al-Quran. Berlakulah Ihsan. Amalkan Rukun Iman, Sempurnakan Rukun Islam. Rasailah kehebatan Al-Quran.
TOP

CERAMAH MOTIVASI

R.K.MANAGEMENT and SERVICES telah dijemput ke beberapa program sempena peperiksaan besar untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. Berikut adalah datails program:
16 Ogos 2009 - Santapan Motivasi Pelajar (SK Rakyat, Jalan Hj Bolhassan, Kuching)
20 Ogos 2009 - Ceramah Motivasi di Pengkalan Kuap
26 Ogos 2009 - Santapan Motivasi Pelajar (Asrama Yayasan Sarawak)
28 Ogos 2009 - Ceramah Persediaan Awal Menjawab Peperiksaan (Asrama Yayasan Sarawak)
Kepada pihak sekolah yang ingin menjemput kami boleh hubungi melalui emel rk_mservices@yahoo.com atau di talian 019-8487955 (En Abdul Razak Bin Bahtrem) @
016-5773712 (En Ainollutfi)
TOP

HIDUP PERLU SENTIASA DALAM KEADAAN SEDIA

Kita sering mendengar pepatah manyatakan sediakan payung sebelum hujan.Anda perasan atau pun tidak bahawa hidup kita ini memerlukan persediaan-persediaan tertentu sebelum kita berhadapan dengan sesuatu.Misalannya kalau anda diperlukan untuk membuat pembentangan sudah tentu persediaan awal perlu dilaksanakan.Begitu juga apabila kita hendak menghadapi peperiksaan besar seperti SPM, Final Exam dan sebagainya. Itu semua memerlukan persediaan secara langsung. Namun tahukah anda bahawa ada persediaan secara tidak langsung yang perlu juga kita penuhi. Misalannya saya dijemput untuk memberi ceramah secara tiba-tiba.Agak-agak gelabah tak?Sudah semestinya.Apa yang perlu dilakukan.Ya..buatlah persedian-persediaan yang tidak dijangka oleh kita.Jika kita melihat senario di pejabat-pejabat contohnya mungkin mesyuarat diadakan secara tiba-tiba.Mungkin juga ada bos mahukan sesuatu dokumen yang diperlukan secara mengejut.Apa yang boleh anda lakukan adalah bersedia menghadapi segalanya berdasarkan pengalaman yang ada.Kalau tiba-tiba bos minta dokumen yang diperlukan maka kita sudah mengenalpasti dokumen tersebut sebab pengalaman sebelum ini mengajar kita.Ingin juga saya berkongsi pengalaman ketika di universiti dahulu.Apa yang berlaku adalah ada kalangan pensyarah memberi ujian atau kuiz secara tiba-tiba tanpa diberitahu.So,melalui pengalaman sebagai pelajar, persediaan awal perlulah ada iaitu persediaan tanpa diduga akan adanya kuiz.Kita hendaklah bijak dalam menilai sesuatu keadaan.Jika melalui pengalaman lepas mengatakan ada kuiz yang bakal diberikan maka cepat-cepatlah bersedia daripada kehilangan markah begitu sahaja.Jadi, bersedialah setiap masa.Jangan lupa!!! nak mati pun kita kena bersedia...Fikirkan...
TOP

BERHADAPAN DENGAN MASALAH...PELAJARAN HIDUP???

Banyak masalah yang akan timbul apabila kita berhadapan dengan sesuatu lebih-lebih lagi dalam mencapai matlamat hidup. Masalah yang timbul ini secara tidak langsung adalah satu ujian prestasi kepada kita samada mampu atau tidak untuk kita menghadapainya. Ingat!!! jangan setakat mengahadapi sahaja tapi selesaikan masalah itu. Ramai antara kita salah mentafsir masalah yang ada. Lari dari masalah, selesailah masalah. Ini adalah tanggapan yang salah. Kita juga berhadapan dengan mereka yang bermasalah dari segi komunikasi. Ada cakap main tembak, main hentam dan macam-mcam lagi. Sebagai contoh seorang sahabat saya bercerita masalah dia di pejabat. Berhadapan dengan pekerja yang tidak sopan tutur kata. Ini juga merupakan masalah atau boleh saya kategorikan masalah luaran. Berhadapan sahaja tidak mencukupi, tapi kena buat satu tindakan yang berhikmah agar masalah luaran itu tidak timbul dan prestasi kerja pun menaik. Pun begitu, itulah antara perkara yang perlu kita hadapi dalam oraganisasi. Apa yang pasti langkah bijak dan matlamat yang jelas perlu disepadukan untuk mencapai kualiti dalam pekerjaan. Hadapi masalah itu, cari jalan penyelesaian...so jadikan pelajaran hidup.
TOP

SABAR ITU PERLU

Apabila kita berada dalam keadaan dilema untuk membuat keputusan, apa yang patut kita lakukan adalah menyenerai kebaikan dan keburukan keputusan yang bakal kita lakukan. Jika anda dapati bahawa banyak menyebelahi kepada kebaikan maka buatlah keputusan yang bijak. Begitu juga sebaliknya. Jangan lupa untuk berdoa supaya keputusan yang kita lakukan itu adalah benar-benar datangnya daripada ketetapan Ilahi. Di samping itu, tidak salah jika kita meminta tolong orang sekeliling atau sahabat untuk memberi pandangan dan nasihat kepada kita. Pandangan yang diberikan itu jadikan sebagai panduan kepada kita supaya keputusan yang hendak kita buat itu dapat dinilai sebaik-baiknya. Tidak rugi kalau kita berkongsi dengan mereka yang lebih arif tentang keputusan yang hendak kita buat. Namun, buat secara berhikmah dan jangan menggunakan bahasa atau kata-kata yang boleh menyakiti hati sesiapa.
TOP

PERANCANGAN DAN MATLAMAT MESTI JELAS

Apa sahaja yang kita lakukan mestilah mempunyai rancangan dan matlamat yang jelas.Ini akan membantu kita dalam mencapai cita-cita kita selama ini. Jika anda mempunyai matlamat untuk menjadi seorang usahawan,perancangan hendaklah disusun rapi.Buatlah rancangan perniagaan dengan sebaik-baiknya agar tidak lari daripada matlamat sebenar.Bayangkan jika anda berjaya menjadi seorang usahawan maka wang akan bekerja untu anda.Inilah perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang bergelar jutawan.Pemikiran begini haruslah diterap dalam minda kita agar tidak lalai dan leka dalam mencapai cita-cita.Tapi dalam masa yang sama, cuba semaikan sikap ini "Work to learn, not to earn."Pelajari apa yang terbaik untuk diri anda...Tidaka rugi mencuba sesuatu yang mendatangkan faedah positif kepada diri anda.Setiap apa yang kita pelajari hendaklah dilaksanakan.Kalau ada ilmu tapi tak amal, sia-sia sahaja...So, amal-amalkan...
TOP

SENTIASA BELAJAR, BELAJAR, BELAJAR,DAN BELAJAR

Gara-gara tidak dapat ramai pelanggan anda terus berhenti daripada melakukan bisnes. Jangan sesekali mempunyai sikap yang demikian. Jika kita faham realiti perniagaan, untuk membangun dan mengembangkan perniagaan, kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk benar-benar bertapak dan melihat hasilnya. Dalam tiga tahun tersebut pelabagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapai. Segala selok-belok perniagaan perlu dipelajari.INGAT!!!!tidak ada jalan singkat menuju kejayaan. Semua kena dimulakan dari bawah. Sebab itulah ramai yang nak bekerja sendiri kena bermula dari bawah. Belajar,belajar dan terus belajar...Tak kisahlah kalau belajar sesuatu yang baru mahupun belajar daripada kesilapan diri sendiri. Semakin banyak kita belajar semakin banyak kemahiran yang akan kita dapat. Bagi umat Islam usaha, usaha juga...tapi 5 waktu sehari semalam jangan tinggal. Lebih berkat perniagaan anda kalau 5 waktu tidak tinggal. Segala apa yang diberikan ALLAH semuanya ujian, nak uji sejauh mana Iman kita pada-NYA. Gunakanlah ni'mat sebaik-baiknya...
TOP

UTAMAKAN PELANGGAN DALAM MEMBERI PENDAPAT

Komunikasi sangat penting dalam bisnes. Komunikasi yang baik akan membuahkan hasil yang cukup sempurna dan bernilai antara kedua-dua pihak. Sebagai seorang yang menjalankan bisnes, utamakan pendapat dan cadangan yang diberikan oleh pelanggan anda. Jangan bercerita berlebihan tentang produk kita tanpa mengetahui kemahuan mereka terlebih dahulu. Bagi menarik hati pelanggan, kita sepatutnya mendengar penjelasan atau idea yang dilontarkan oleh mereka. Fahami sedalam-dalamnya kemahuan mereka dan setelah itu anda pasti mampu menarik hati mereka. Sebagai contoh sekiranya anda seorang pereka fesyen, sudah tentu kita akan mengutamakan idea-idea mereka. Sebagai pelanggan, they always right..!!! Kita hendaklah bijak dalam memberi pandangan kita terhadap mereka. Jangan menunjukkan keghairahan anda dalam memberi pendapat. Cukuplah sekadar cool....sahaja. Bukannya apa, kalau tempahan tak jadi, anda yang akan kecewa...So, stay cool....
TOP

PERCANGGAHAN PENDAPAT DALAM BISNES...KREATIF?

Setiap kita ada pendapat masing-masing dalam menilai sesuatu. Kadang-kadang apa yang kita cadangkan sukar untuk diterima pakai oleh orang lain. Begitu juga sebaliknya. Tapi, tahukah anda bahawa percanggahan pendapat sebenarnya mendesak minda anda untuk menjadi lebih kreatif lagi daripada idea asal. Ini adalah perkara yang sering berlaku dalam syarikat-syarikat besar dalam menghasilkan sesuatu yang lebih bernilai. Cuba kita imbas kembali iklan yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat besar seperti petronas. Untuk menghasilkan iklan yang bermutu mereka perlukan pelbagai idea atau input. Begitu juga kalau kita berada dalam bisnes yang kecil saiznya, tapi tidak salah berfikirkan besar dalam menghasilkan sesuatu. Seperti kata pepatah yang selalu kita dengar THINK BIG...
TOP

TERUSKAN RANCANGAN ANDA

Kebiasaannya orang akan berhenti daripada bisnes jika bisnes itu tidak menjanjikan sebarang keuntungan. Tapi tidakkah kita pernah terfikir bahawa sesuatu bisnes itu boleh maju sekira promosi dibuat tepat pada sasarannya. Bayangkan kalau pemaju perumahan tidak membuat sebarang promosi terhadap rumah yang dibina oleh mereka sudah pasti tidak ada pembelinya. Begitu juga dengan bisnes yang lain. Promosi sangat penting dalam menaikkan nama sesebuah perniagaan. Banyak kaedah untuk promosi antaranya brochure, pamplet, banner, iklan di media cetak dan banyak lagi. Sms pun dikategorikan salah satu kaedah promosi. Sekiranya anda hampir tidak yakin dengan perniagaan anda, guna kaedah lain untuk memantapkan bisnes anda. Rancangan perlu diteruskan untuk melihat keberhasilannya. Jangan kerja sekerat jalan. Kalau nak buat bisnes tu, biar kita jadi gila bisnes...kerja kena buat sungguh-sungguh...
TOP

JANGAN BANYAK COMPLAIN...

Dalam dunia bisnes, kita tidak mampu untuk merancang se'perfect' manapun. Memang kita merancang tapi jangan tunggu sampai ia betul-betul sempurna sehingga tidak adanya cacat cela perancangan itu. Banyak complain...Ini tak betullah...Itu tak betullah...Kenapa tak sempurna sangat ni...??? Apa yang terbaik untuk kita lakukan adalah laksanakan sahaja apa yang ada. Jika ada kelemahan, perbaikikannya. Kalau nak ambil kata-kata orang sekeliling,ambillah tapi kena dinilai. Mana boleh pakai kita ambil. Mana yang tidak dan tidak sesuai untuk kita, abaikan. Ini adalah kerana kalau anda yakin dengan cara anda berniaga, teruskan. Jangan kerana kata-kata yang negatif memberhentikan perjalanan anda dalam membina kekayaan. Kekayaan bukan setakat wang malah ilmu,amal,iman boleh dikayakan. Sebagai orang Islam, sering saya tekankan jangan pisahkan bisnes dan perniagaan. Dengan perniagaan anda boleh buat kebajikan...
TOP

BISNES OH BISNES...

Saya teringat ketika kali pertama menceburi bidang perniagaan. Ramai yang menyangkakan bahawa seronoknya bekerja sendiri. Walaupun rezeki dijanjikan adalah 9/10 daripada perniagaan, anda perlu tahu juga bahawa risikonya pun 9/10. Jika ada antara kita yang ingin menceburi bidang perniagaan setelah memasang niat murni untuk berniaga, cuba tanya diri sendiri tentang beberapa perkara berikut:
  • Sanggup ke aku ni nak menanggung risiko kalau tidak ada pelanggan?
  • Macam mana pula kalau sepanjang 2,3 bulan aku tidak ada income?
  • Berani ke kalau nak berdepan dengan cabaran dan kritikan orang?
  • Sampai bila nak bertahan kalau bisnes tak jalan?

Itulah antara persoalan yang perlu anda jawab sebelum meneruskan perjalanan bisnes anda. Bukan nak menakutkan anda tapi inilah realiti. Kalau nak bisnes tu, biar kita jadi gila kerja...bukan kerja gila. Inilah amalan yang dilakukan oleh orang Jepun sehingga mereka berjaya menjadi negara termaju di Asia. Bayangkan kalau anda memiliki sikap ini, saya yakin anda mampu berlayar lebih jauh lagi dalam bidang bisnes. So, amalkan dan istiqamah dalam kerja anda...

TOP

TIPS BIJAK BELAJAR

Pernahkah kita membuat silap setiap kali melakukan sesuatu? Sudah semestinya bukan? Tahukah anda bahawa dalam pembelajaran kita banyak buat silap. Sebenarnya itulah proses pembelajaran. Sebab itu adanya buku yang berjudul 'Berani Gagal' yang ditulis oleh Billy Lim. Jangan takut membuat silap. Apabila kita sudah mengetahui dan lali dengan kesilapan itu, maka kesilapan itu tidak akan berulang lagi. Contoh; sekiranya ada kesilapan pengiraan atau formula yang kita gunakan dalam menyelesaikan masalah matematik, JANGAN SESEKALI PADAM dengan liquid paper or rubber kesilapan itu. Jadikan ia sebagai nota rujukan anda bahawa itulah masalah yang sering dilakukan oleh pelajar dalam peperiksaan. Bayangkan kalau anda telah buat berpuluh-puluh kesilapan, bukankah kesilapan itu boleh dijadikan nota sampingan anda? Fikir-fikirkan...
TOP

URUS KEWANGAN ANDA

Sebut saja pasal kewangan, ramai antara kita tidak mahu ambil peduli. "Malaslah nak fikir pasal kewangan", "ala..duit gajikan ada..","ala... mak ayah ada bagi duit tak kisah pun". Begitulah kata-kata yang dilemparkan kebanyakan oleh kita. Tahukah anda bahawa sikap begini sebenarnya membawa anda ke alam pembaziran. Sekaligus menjadikan anda tidak peka dengan kewangan semasa. Langkah yang bijak perlu kita ambil secepat yang mungkin. Nampak senang tapi bukan senang nak lakukannya. Saya kongsikan kepada anda tips kewangan yang mungkin boleh membantu anda dalam pengurusan kewangan yang betul.

AMALKAN SIKAP MENABUNG
Walau nampak senang bunyinya tapi belum tentu anda mampu melakukannya. Persoalannya bagaimana nak mulakan. Sebelum menabung, dapat atau tidak kita amalkan petua ini:
  • Berhenti merokok
  • Cuci kereta sendiri
  • Bayar kad kredit sebelum tarikh pembayaran
  • Ajarkan anak kita amalan kewangan yang baik
  • Kurangkan penggunaan elektrik
  • Buat perancangan untuk barang-barang dapur
  • Bawa sendiri bekalan dari rumah ke tempat kerja/sekolah
  • Kalau boleh buat bayaran secara on-line...Banyak kos dapat dikurangkan dengan cara ini.

Jadi, kalau anda mampu mengikuti tips ini, maka saya yakin anda mampu menabung. Tidak salah kalau kita amalkan. Disiplinkan diri, kalau dah simpan duit tu...setkan minda kita "aku takkan keluarkan duit itu melainkan benar-benar memerlukan". Dari sinilah akan menjadi habit anda untuk suka menabung. Amal-amalkan...


TOP

KADANG-KADANG REZEKI DATANG TANPA DIDUGA

Setiap usaha yang dilakukan kita hendaklah dimulakan dengan doa dan disusuli dengan doa. Ada DOA, USAHA dan TAWAKAL InsyaALLAH pasti menemui jalan kejayaan. Namun, semua petua itu dah dibuat tapi tidak ada juga hasil. Inilah dinamakan UJIAN yang datangnya daripada ALLAH. Keadaan beginilah yang kadang-kadang menyebabkan ada antara kita berputus asa dan tidak mahu untuk meneruskan lagi usaha-usaha yang seterusnya. Pun begitu, ALLAH MAHA ADIL dan lagi MAHA MENGETAHUI bila masa yang sesuai untuk hambaNYA menerima rezeki sepertimana yang diminta. Sebab itulah rezeki datang tanpa diduga. Kita tidak mengetahui bila masanya ALLAH memakbulkan segala doa. Kepada mereka yang sentiasa berdoa, teruskan dan jangan putus-putus berdoa. Sebab itulah senjata utama orang Islam. INGAT! ALLAH mendengar doa hambaNYA.
TOP

APABILA BERSELISIH PENDAPAT

Sekiranya kita berselisih pendapat dalam perbincangan dengan beberapa pihak, apa kata berikan sebelah pihak itu habiskan dulu pendapat, cadangan dan idea mereka. Tidak rugi kalau kita memberi peluang kepada sebelah pihak untuk berhujah terlebih dahulu. Ini membolehkan kita memahami apa sebenarnya yang hendak diperkatakan oleh mereka. Jika berlaku percanggahan pendapat, jangan terus menghentam tetapi cari titik persamaan agar sesuatu perkara itu boleh dilaksanakan dengan lancar. So, fikir-fikirkan...
TOP

TIDAK SALAH KALAU NAK KAYA

Kadang-kadang kita sering diingatkan hiduplah dalam keadaan sederhana ataupun wasatiah. Mesti zuhud...Betul apa yang diperkatakan itu, tapi salah ke kalau kita nak kaya? Sudah semestinya tidak. Bagi yang memahami kekayaan dunia ini menurut konteks Islam, mereka sendiri secara sukarela akan membuat kebajikan seperti yang dianjurakna dalam Islam. Kebajikan-kebajikan jugak...tapi rezeki jangan lupa untuk dicari. Bagi yang faham dalam dunia bisnes, sebenarnya bisnes dan kebajikan tidak dapat dipisahkan. Sekiranya ada orang yang beranggapan bahawa kebajikan adalah kebajikan dan bisnes adalah bisnes, tannggapan itu adalah silap. Sebagai contoh jika kita lihat kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, walaupun kaya dan berbisnes, kebajikan tetap dilaksanakan.Contohnya Yayasan al-Bukhari. Begitu juga dengan Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Beliau mebuat kebajikan dengan menubuhkan Yayasan Ilham Budi. Jadi, nak dipendekkan cerita jangan pisahkan kebajikan dan bisnes. Nabi Muhammad s.a.w pun menggalakkan kita buat bisnes. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Renung-renungkan...
TOP

IKLAN SANTAPAN MOTIVASI PELAJAR




TOP

TAHUKAH ANDA BAHAWA...

Menurut DR MOHD SHUKRI ABDULLAH, pelajar-pelajar di sekolah boleh dibahagikan kepada 4 kelompok yang utama:

PELAJAR CEMERLANG, Faham Sepenuhnya (75%-100%)
Kelompok ini faham sepenuhnya apa yang diajar kepada mereka dalam kelas. Walaupun bukan secara menyeluruh tetapi mereka faham sebahagian besar apa yang diajar.

PELAJAR SEDERHANA, Faham Sebahagian (40%-75%)
Mereka hanya faham sebahagian sahaja daripada apa yang diajar kepada mereka dalam kelas. Ada antara mereka cuma faham tidak sampai separuh dan ada juga yang faham lebih daripada separuh.

PELAJAR LEMAH, Faham Sedikit (20%-40%)
Mereka faham tidak sampai separuh.

PELAJAR GAGAL, Tidak Faham (0-20%)
Kalangan mereka ini hanya faham sedikit sahaja. Pun begitu, ada juga yang tidak faham langsung apa yang dipelajari.

So, apa tindakan anda dalam mengatasi masalah ini. Jangan hanya pandai berkata-kata tapi hendaklah bertindak. BILA nak BERTINDAK? Jawanpanya SEKARANG JUGA!!!!! Bukan esok, bukan lusa, bukan tulat, bukan minggu depan, bukan bulan depan, bukan tahun depan, bukan dekad akan datang dan bukan abad akan datang, tapi SEKARANG JUGA!!!!Pasangkan niat, buat perancangan dan bertindaklah. Selepasa itu jangan lupa berdoa...
TOP

TEKNIK BELAJAR CEMERLANG

Ramai di antara pelajar jarang mengutamakan doa dalam pembelajaran. Tahukah anda bahawa doa merupakan senjata besar orang mu'min? Apa kata mulai saat ini bila berhadapan dengan pelajaran sama ada formal atau tidak formal mulakan dengan doa. Bila berdoa kita kena ambil berat perkara berikut:
1. Duduk dan tangan hendak ditadah seperti memohon sesuatu.
2. Mata hendakalah fokus pada telapak tangan.
3. Mulut hendaklah berbicara seumpama kita sedang becakap-cakap dengan ALLAH
4. Telinga hendaklah mendengar dengan teliti apa yang sedang dibicarakan oleh mulut
5. Otak hendaklah fokus kepada apa yang sedang didoakan.
6. Hati hendaklah tenang dan memohon sepenuhnya atas segala yang didoakan.
INGAT!!!Allah mendengar doa hamba-hambaNya. Jangan putus-putus berdoa mengharapakan sesuatu daripada NYA.
TOP

KURSUS TEKNIK BELAJAR DAN KURSUS URUS KEWAGAN

Kami akan mengadakan kursus tekni belajar dan urus kewangan. Berikut adalah butir kursus:
PELAJARAN dan ANDA
SANTAPAN MOTIVASI PELAJAR:
Pelajari Teknik Belajar Dengan Betul.
Tarikh : 22 Februari 2009 (Ahad)
Tempat : Sarawak Industrial Promotion and Exhibition Centre (S.I.P.E.C)
Bersebelahan dengan Muzium Islam Kuching.
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tgh hari (Sesi 1 untuk Tingkatan 1 hingga 5)
1.00 ptg hingga 5.30 ptg (Sesi 2 untuk Tahun 1 hingga 6)
______________________________________________
WANG dan ANDA
SANTAPAN MOTIVASI KEWANGAN UNTUK PELAJAR:
Urus Kewangan Anda
Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Sarawak Industrial Promotion and Exhibition Centre (S.I.P.E.C)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tgh hari (Sesi 1)
1.00 ptg hingga 5.30 ptg (Sesi 2)
*Kursus Kewangan lebih diutamakan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5. Bagi Tingkatan 1 hingga 3 yang ingin turut serta adalah digalakkkan.
____________________________________________________
Bagi yang berminat sila hubungi Saudara Abdul Razak Bin Bahtrem di talian 019-8487955 untuk keterangan lanjut.
TOP

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAHFIZ AL-QURAN (AQSA)

Baru-baru ini kami telah mengadakan majlis penyampaian sijil tahfiz Al-Quran Juzuk 30 di Masjid Attaqwa, Kampung Pinang Jawa Kuching Sarawak (2 Januari 2009). Ini merupakan progam yang julung kalinya diadakan di masjid tersebut. Program tahfiz ini merupakan program yang bukan sahaja berbentuk menghafaz al-Quran tetapi diselitkan juga dengan aktiviti sampingan seperti tayangan, kuiz dan pengisian ilmu yang berkaitan Sunnah Nabi s.a.w. Peserta yang terlibat adalah sebanyak 66 orang . Majlis penyampaian sijil ini telah disampaikan oleh Yang Berhoramat Datuk Ir Daud Abdul Rahman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakan dan Pembangunan Estet-estet Perindustrian). Sokongan yang diberikan oleh ibu dan ayah amatlah menggalakkan. Untuk pengetahuan semua AQSA adalah singkatan bagi Al-Quran As-Sunnah Amalanku. Kepada adik-adik yang berjaya mengahafaz keseluruhan Juzuk 30, TAHNIAH!!! kami ucapkan. Bagi yang tidak berkesempatan menghafal kesemuanya jangan kecewa. Teruskan hafalan adik-adik. InsyaALLAH sama-sama kita doakan agar hafalan kita menjadi bekalan di akhirat kelak.Amin...
TOP

SALAM SEMUA!!!

Alhamdulillah...dapat jua kita bersua di laman blog ini. Moga segala sokongan dan dorongan yang diberikan anda kepada kami mendapat redha Illahi. Amin...