TOP

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAHFIZ AL-QURAN (AQSA)

Baru-baru ini kami telah mengadakan majlis penyampaian sijil tahfiz Al-Quran Juzuk 30 di Masjid Attaqwa, Kampung Pinang Jawa Kuching Sarawak (2 Januari 2009). Ini merupakan progam yang julung kalinya diadakan di masjid tersebut. Program tahfiz ini merupakan program yang bukan sahaja berbentuk menghafaz al-Quran tetapi diselitkan juga dengan aktiviti sampingan seperti tayangan, kuiz dan pengisian ilmu yang berkaitan Sunnah Nabi s.a.w. Peserta yang terlibat adalah sebanyak 66 orang . Majlis penyampaian sijil ini telah disampaikan oleh Yang Berhoramat Datuk Ir Daud Abdul Rahman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakan dan Pembangunan Estet-estet Perindustrian). Sokongan yang diberikan oleh ibu dan ayah amatlah menggalakkan. Untuk pengetahuan semua AQSA adalah singkatan bagi Al-Quran As-Sunnah Amalanku. Kepada adik-adik yang berjaya mengahafaz keseluruhan Juzuk 30, TAHNIAH!!! kami ucapkan. Bagi yang tidak berkesempatan menghafal kesemuanya jangan kecewa. Teruskan hafalan adik-adik. InsyaALLAH sama-sama kita doakan agar hafalan kita menjadi bekalan di akhirat kelak.Amin...

0 ulasan:

Catat Ulasan