TOP

HIDUP PERLU SENTIASA DALAM KEADAAN SEDIA

Kita sering mendengar pepatah manyatakan sediakan payung sebelum hujan.Anda perasan atau pun tidak bahawa hidup kita ini memerlukan persediaan-persediaan tertentu sebelum kita berhadapan dengan sesuatu.Misalannya kalau anda diperlukan untuk membuat pembentangan sudah tentu persediaan awal perlu dilaksanakan.Begitu juga apabila kita hendak menghadapi peperiksaan besar seperti SPM, Final Exam dan sebagainya. Itu semua memerlukan persediaan secara langsung. Namun tahukah anda bahawa ada persediaan secara tidak langsung yang perlu juga kita penuhi. Misalannya saya dijemput untuk memberi ceramah secara tiba-tiba.Agak-agak gelabah tak?Sudah semestinya.Apa yang perlu dilakukan.Ya..buatlah persedian-persediaan yang tidak dijangka oleh kita.Jika kita melihat senario di pejabat-pejabat contohnya mungkin mesyuarat diadakan secara tiba-tiba.Mungkin juga ada bos mahukan sesuatu dokumen yang diperlukan secara mengejut.Apa yang boleh anda lakukan adalah bersedia menghadapi segalanya berdasarkan pengalaman yang ada.Kalau tiba-tiba bos minta dokumen yang diperlukan maka kita sudah mengenalpasti dokumen tersebut sebab pengalaman sebelum ini mengajar kita.Ingin juga saya berkongsi pengalaman ketika di universiti dahulu.Apa yang berlaku adalah ada kalangan pensyarah memberi ujian atau kuiz secara tiba-tiba tanpa diberitahu.So,melalui pengalaman sebagai pelajar, persediaan awal perlulah ada iaitu persediaan tanpa diduga akan adanya kuiz.Kita hendaklah bijak dalam menilai sesuatu keadaan.Jika melalui pengalaman lepas mengatakan ada kuiz yang bakal diberikan maka cepat-cepatlah bersedia daripada kehilangan markah begitu sahaja.Jadi, bersedialah setiap masa.Jangan lupa!!! nak mati pun kita kena bersedia...Fikirkan...

1 ulasan:

  1. anda benar :) bukan sahaja sebagai pelajar, tapi sebagai seorang guru juga harus bersedia dari segi mental untuk menangani kerenah pelajar2 yang tidak terbatas pengetahuannya pada zaman ini. walau umur masih kecil, tapi mereka bijak berfikir dari pemantauan sendiri ;)

Catat Ulasan