Dari sebelah kiri: Saya (Pengarah R.K.MANAGEMENT and SERVICES),
Dari sebelah kiri: Saya (Pengarah R.K.MANAGEMENT and SERVICES),
Ø Masa : 9 pg – 12.00 tgh hari (Isnin-Khamis)
: 9 pg – 11.30 pg (Jumaat)
Program menghafaz al-Quran akan dikendalikan oleh :
Ust Abu Zaid Bin Jamaluddin al- Hafiz
(Imam 3 Masjid Attaqwa,Kpg Pinang Jawa)
Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran, Jakarta Indonesia.
Ø Peserta: Pelajar Tahun 1 hingga 6 sahaja (Lelaki & Perempuan)
Ø Pelaburan Ibu Bapa: RM 125 sahaja
Ø Syarat-syarat bagi yang berminat:
· Boleh membaca A-Quran dengan baik.
· Lulus temuduga (Dilaksanakan semasa pendaftaran 23.11.09-Isnin 8.00pagi)
Ø Sijil akan diberi
Ø Surah Pilihan: as-Sajadah, Yassin, ad-Dukhan, al-Mulk, Juz Amma
Ø Bagi pelajar Tingkatan 1-4 turut digalakkan untuk menyertai.
Tempat:
Bagi yang ingin turut serta, sila hubungi:
En Abdul Razak Bin Bahtrem (019-8487955) @
Terus mendaftar ke pejabat kami:
Lot 12950, 2nd Floor, Heritage Garden,
Jalan Tun Abdul Rahman Ya’akub,
93050 Kuching Sarawak.
E-mail: rk_mservices@yahoo.com
Blog: www.rkmservices.blogspot.com
Perhatian!!!: Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh bengkel. Untuk tempahan awal bengkel, sila SMS Nama & No Kad Pengenalan
dan hantar ke 019-8487955.
NOVEMBER
DISEMBER
Di atas adalah merupakan perancangan atas kertas sahaja. Segala 'details' akan diberitahu kemudian. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 019-8487955 (En Abdul Razak Bin Bahtrem)
Tiba tengah bulan mulalah resah dan gelisah. Mana tidaknya duit gaji pun hujung-hujung nyawa. Tak pun habis ditelan 'nafsu' berbelanja. Persoalannya susah ke nak simpan duit setiap kali kita terima gaji. Tak salah kalau kita ambil 10-20% gaji untuk disimpan sebagai 'reserved'. Orang
yang mempunyai gaji RM 1,000 yang pandai mengurus kewangannya adalah lebih baik daripada mereka yang mempunyai gaji RM 10,000 tapi tidak tahu mengurus kewangannya. Jika kita membelanjakan lebih daripada duit gaji yang kita dapat setiap bulan; jawapannya hutang keliling pinggang. Masa itulah kita berada dalam keadaan yang sangat memerlukan kewangan. Apa yang perlu dilakukan sebelum keadaan ini berterusan adalah mengenalpasti mana satu keperluan dan mana satu kehendak. Keperluan asas perlu dipenuhi terlebih dahulu. Jom saya kongsikan kepada anda antara faktor yang menyebabkan kenapa duit gaji habis apabila tiba tengah bulan. Berikut adalah survey yang saya buat daripada seorang rakan.Katanya:
Itu adalah sebahagian jawapan yang diberikan. Namun tahukah anda terdapat banyak lagi alasan-alasan bagi persoalan tersebut. Pun begitu, antara senarai itu tadi terdapat perkara yang dikatakan sebagai keperluan dan juga kehendak. Cuba anda fikir-fikirkan yang mana satu kehendak dan yang masa satu keperluan. Ataupun mana hutang baik dan yang mana hutang buruk.
Kita sering mendengar pepatah manyatakan sediakan payung sebelum hujan.Anda perasan atau pun tidak bahawa hidup kita ini memerlukan persediaan-persediaan tertentu sebelum kita berhadapan dengan sesuatu.Misalannya kalau anda diperlukan untuk membuat pembentangan sudah tentu persediaan awal perlu dilaksanakan.Begitu juga apabila kita hendak menghadapi peperiksaan besar seperti SPM, Final Exam dan sebagainya. Itu semua memerlukan persediaan secara langsung. Namun tahukah anda bahawa ada persediaan secara tidak langsung yang perlu juga kita penuhi. Misalannya saya dijemput untuk memberi ceramah secara tiba-tiba.Agak-agak gelabah tak?Sudah semestinya.Apa yang perlu dilakukan.Ya..buatlah persedian-persediaan yang tidak dijangka oleh kita.Jika kita melihat senario di pejabat-pejabat contohnya mungkin mesyuarat diadakan secara tiba-tiba.Mungkin juga ada bos mahukan sesuatu dokumen yang diperlukan secara mengejut.Apa yang boleh anda lakukan adalah bersedia menghadapi segalanya berdasarkan pengalaman yang ada.Kalau tiba-tiba bos minta dokumen yang diperlukan maka kita sudah mengenalpasti dokumen tersebut sebab pengalaman sebelum ini mengajar kita.Ingin juga saya berkongsi pengalaman ketika di universiti dahulu.Apa yang berlaku adalah ada kalangan pensyarah memberi ujian atau kuiz secara tiba-tiba tanpa diberitahu.So,melalui pengalaman sebagai pelajar, persediaan awal perlulah ada iaitu persediaan tanpa diduga akan adanya kuiz.Kita hendaklah bijak dalam menilai sesuatu keadaan.Jika melalui pengalaman lepas mengatakan ada kuiz yang bakal diberikan maka cepat-cepatlah bersedia daripada kehilangan markah begitu sahaja.Jadi, bersedialah setiap masa.Jangan lupa!!! nak mati pun kita kena bersedia...Fikirkan...Itulah antara persoalan yang perlu anda jawab sebelum meneruskan perjalanan bisnes anda. Bukan nak menakutkan anda tapi inilah realiti. Kalau nak bisnes tu, biar kita jadi gila kerja...bukan kerja gila. Inilah amalan yang dilakukan oleh orang Jepun sehingga mereka berjaya menjadi negara termaju di Asia. Bayangkan kalau anda memiliki sikap ini, saya yakin anda mampu berlayar lebih jauh lagi dalam bidang bisnes. So, amalkan dan istiqamah dalam kerja anda...
Jadi, kalau anda mampu mengikuti tips ini, maka saya yakin anda mampu menabung. Tidak salah kalau kita amalkan. Disiplinkan diri, kalau dah simpan duit tu...setkan minda kita "aku takkan keluarkan duit itu melainkan benar-benar memerlukan". Dari sinilah akan menjadi habit anda untuk suka menabung. Amal-amalkan...
© R.K.MANAGEMENT and SERVICES - Designed by Sebastien Matton, Blogger templates by Blog and Web.